Monday, November 29, 2010

PERMODENAN ARUS MUZIK MALAYSIA

Andai tiada pemikiran yang kreatif semestinya tiada kebangkitan industri dalam arus muzik MALAYSIA.

Segelintir masyarakat memandang rendah terhadap perkataan..perjalanan..permulaan MUZIK dan sekelompok masyarakat melihat jauh dan menghormati MUZIK sebagai salah satu jalan dalam menilai aspek-aspek dalam kehidupan kita.

Kebanjiran 'BAND' dalam mewarnai arena muzik MALAYSIA semakin mendapat tempat di hati para peminat yang meminati secara kosong mahupun secara langsung. Semakin ramai mencuba menjadi sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti destinasi nya dengan melibatkan diri dalam arena yang serba sempit dan memesongkan pemikiran kita terutama nya anak-anak melayu.

Tiada hala tuju itulah ungkapan yang sesuai untuk mereka yang bergelar SENIMAN PALSU yang kononnya memperjuangkan muzik sebagai alasan mereka untuk dikenali dengan segera. Pelbagai cara untuk mereka menyusup dan menceroboh identiti orang lain untuk kepentigan diri. Dimana identiti yang kita perlukan untuk mencipta pelbagai kejutan budaya.

Halaman TEROWONG MASA bukan membicara perkara kosong yang terpesong tetapi realiti yang menjadi duri bagi segenap lapisan masyarakat yang tertipu dengan agenda yang melanda.

Beta sebagai salah seorang pengguna produk muzik tempatan terkilan akibat arus yang melanda malysia kini. Hanya pandai menempa nama berbanding mencipta sesuatu yang berlainan untuk para cucu di masa akan datang.

Namum pujian harus diberi kepada mereka yang tidak menepati kepada ciri-ciri yang terkandung di dalam ruang atmosfera TEROWONG MASA yang berlegar melintasi masa sebelum mata tertutup rapat menghadap yang MAHA BESAR.

Harapan untuk beta mencurah segala idea akan dapat mencuri perhatian para KURTEROWONG( pembaca artikel blog) semua.

KESALAHAN LAMPAU MENGAJAR ERTI HIDUP

Artikel ini diterbit atas kehendak beta agar menjadi pedoman hidup bagi rakan-rakan sekalian.

Setiap daripada kita pernah ditimpa masalah dan melakukan kesalahan sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Peristiwa lalu sering menutupi panca indera kita untuk terus melihat kepada masa hadapan. Malah pelbagai cemuhan akan menimpa kita tanpa disedari.

Setiap perbuatan dan amalan kita diperhatikan. Setiap langkah penuh dengan dendam masyarakat yang tidak pernah puas melihat kejatuhan kita yang sememangnya merindukan hirupan oksigen dalam erti kata kebebasan dalam hidup.

Pernah terlintas dalam hati ini untuk menurut dan mengalah pada persekitaran yang telah hidup dari zaman nenek moyang namun pada hakikatnya semua ini bukan lah sesuatu yang patut beta sanjung dan turutkan.
Beta tetapkan dalam hati agar tidak terkeluar daripada landasan hidup.

Bukan semua kemahuan kita dapat kita kecapi tanpa perasaan yang teguh untuk kita nikmati.
Ikut kehendak hati juga akan memusnahkan segalanya tetapi itulah yang beta tiupkan dalam sangkar hati untuk terus mengejar impian yang datang.

Setelah hidup di bawah teratak bonda dan ayahanda sewaktu umur ku sekecil kuman, kini beta yakin kalian juga ingin memberi tempat berteduh pada mereka setelah mereka kehilanggan kudrat untuk memberi apa yang kita nikmati sebelum ini.

Harapan untuk TEROWONG MASA agar terus mencurahkan segala idea yang padu agar kita dapat memandu dan dipandu dengan laju beserta hala tuju.

Sunday, November 28, 2010

' HARI PERTAMA '

Tanggal 28 November 2010 halaman rasmi TEROWONG MASA telah dilahirkan dalam kata lebih sempurna adalah telah dicipta untuk menjadi sebahagian kawasan lapang sasar untuk hati dan jiwaku melontar segala luahan dan bedilan peluru yang bersarang dalam diri ISKANDAR FARHAN.

Dengan menjadikan alam semesta dan mahluk sekeliling di bumi MALAYSIA sebagai pendorong semangat untuk mencuba mencari dan mencipta sesuatu yang berbeza dan lebih ringan untuk dijadikan tontonan umum terutamanya para karyawan yang berdendam idea untuk semua.

Di akhir kata, tiada yang selain diriNYA untuk kita agungkan agar hidup lebih teratur dan mudah.
Diharapkan kewujudan blog ini dapat memberi sedikit impak kepada pembaca nya serta golonggan hipokrit semuanya.

< iskandar farhan >