Saturday, December 25, 2010

SEHARIAN DI BROGA PART 1

400 YEARS OF LIVING LEGENDS

Itulah ungkapan yang ditunggu-tunggu oleh semua UMAT X-KK serata dunia terutamanya sahabat jauh BETA iaitu MUJUS. Namun kehadirannya tidak dapat dipastikan akibat di luar lingkaran TANAH MELAYU.

Tepat jam 19:30 dari MELAKA SENTRAL BETA bergerak bersama sahabat yang bernama BONE. Dia merupakan seorang sahabat yang bersekolah dengan BETA since f1 till f5. ( sebelum MRSM pun sudah duduk 1 katil ). BETA pergi  pun tiket bus dia yang bayar. Mintak-mintak DIA tidak ungkit pada masa akan datang. HEHE

Lebih kurang jam 21:00 KAMI tiba di TERMINAL ONE seremban. Dan disana KAMI dikejutkan dengan penemuan saintifik terhadap SYAROS iaitu serupa mahkluk kecil yang berukuran MiliMETER dan merupakan pemenang anugerah INSAN KETOT bagi sambutan MAAL HIJRAH 2010.

Disana juga KAMI bertemu  dengan SHAPOX yang merupakan pengasas GPS sedunia. Kami ber-empaat menaiki kereta WAJA milik ABG SHAPOX. Begitu perit bagi KAMI dalam cuba mengatasi dugaaan di dalam kereta WAJA tersebut. Dengan keadaan SEAT kereta yang BASAH KUYUP tanpa kehadiran RADIO yang telah lama rosak. Ditambah pula dengan keadaan yang mencemaskan iaitu dimana kereta WAJA tersebut kehabisan minyak sewaktu di dalam perjalanan menjemput BUDAK BOROI iaitu YOI.

Dari seremban KAMI bergerak menuju ke SERI KEMBANGAN ( TONGGA DE FUTSAL ). Kami menaiki dua buah kereta. DAN satu lagi kereta dimiliki oleh SHAHIR (3677) dan dianggotai oleh BAIZ..PAYAD..YOI..manakala WAJA TURBO pulak dianggotai oleh BONE..SYAROS..AMAL..SYAPOX. Perjalanan begitu menyeramkan akibat melalui jalan NILAI - LABU yang mengambil masa lebih kurang 1 jam ke TONGGA.

Sesampai disana KAMI telah disambut dengan mesra oleh HANIS ANAK MAHBOB dan rakan beliau ANUAR. BETA lupa brand KERETA dia tetapi yang penting WARNA BIRU MUDA yang agak jambu bila diperhatikan secara telilti. Tanpa disangka KAMI turut disambut oleh PRESIDEN POLITIK MALAYSIA @ KAUM MUDA iaiti mr. IJLAL ( LIM KIT SIANG ) bersama penyanyi COLDPLAY iaitu ZAHIDAL xlalat. Tambah gembira hati KAMI apabila disana turut ada kelibat SI FAHMI ULAR yang merupakan bekas skandal BETA di MRSM KK bersama Saudara APAI yang seringkali memandang curi terhadap BETA. Mungkin beliau meminati BETA dari jauh. Siapa tahu...arghh seramnya..dan tanpa diduga ialah kemunculan SKUD SI RABUN bersama kereta PERSONA.

Lebih kurang Jam menunjukkan 0200, KAMI bergerak menujuk ke arena FUTSAL. Disanalah kami bertemu penganjur kepada event ini iaitu LIONEL MEGOO + ACAP RONALDO + AMIN SI KACAK + ADUN GOMBAK iaitu SYAIBUL A.K.A GABAN. Turut serta ialah APEK iaitu senior KAMI sewaktu menuntut di MRSM KK dan juga JUBEN iaitu HAFIZUDIN THE MANJINBOO.

Sebelum KAMI memulakan FUTSAL, KAMI memanaskan badan dengan bergosip bersama-sama dan yang paling mendapat topik hangat semestinya SYAROS. Nama tersebut seringkali terpacul daripada mulut  PAK TAM NAPI dan MEGAT SI KAMBING. Pada malam itu juga terkantoinya skandal-skandal yang berlaku di KK  dahulu. Malah tanpa disangka ACAP RONALDO turut pernah menjadi kekasih gelap kepada PAK TAM NAPI. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Dasyatkan..

BETA sudah penat.
Ikuti sambunggan pada masa kan datang. CHILL!

Friday, December 17, 2010

FREEMASON MELINGKARI BUMI

Apa itu yang dimaksudkan dengan FREEMASON?
Apakah ia memudaratkan kita SEMUA?
Siapa kah yang dikatakan FREEMASON?

Semestinya semua antara kita telah mengetahui mengenai pergerakan ini terlebih dahulu berbanding BETA. Namun perlukah TEROWONG MASA menggupas isu ini di halaman BETA.
Cuma yang BETA fikirkan hanya berkongsi pendapat terhadap FREMASON yang semakin mendapat tempat di hati para manusia ciptaan TUHAN.

Jika mengikut pendapat umum, FREEMASON adalah satu pertubuhan iluminati atau pun dengan lebih jelas ia adalah pergerakan yang berpaksikan SYAITAN sebagai agenda yang tersirat yang tidak semua kita ketahui.
Pergerakan ini sememangnya secara halus meresapi di dalam jiwa seseorang tanpa kita sedari. Dan ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi hanya untuk menyedarkan betapa hebatnya pengaruh SYAITAN DALAM PERJALANAN MENYESATKAN UMAT MANUSIA. 

Malah bukan hanya FREEMASON sebagai medium utama, cuma yang ditekankan adalah pergerakan ini kerana ia sesuatu yang POPULAR di kalanggan kita. TEROWONG MASA tiada sebarang VIDEO mahupun GAMBAR yang harus dipertontonkan kerana bagi BETA kita seharusnya memandang sekeliling kita terhadap apa yang berlaku pada zaman ini.

Kesemua daripada kita mementingkan keduniaan dalam mencapai kebahagiaan. Dan ini adalah salah satu agenda yang cuba diterapkan oleh mereka selain daripada hiburan. Malah BETA turut sama serta terpengaruh dengan agenda mereka ini. Tidak dinafikan HIBURAN MENGUASAI MINDA KITA. Tiada seorang pun yang terlepas daripada permainan mereka.

Cuma kesedaran yang perlu ada pada kita agar tidak terus terpengaruh dan akhirnya mula melupakan pada TUHAN YANG SATU. Artikel ini bukan lah diterbit oleh seorang ustaz mahu pun ulama tetapi oleh PEMUDA yang sedar akan keruntuhan EMOSI dan MINDA masyarakat di MALAYSIA.

Secara tidak langsung BETA dapat menyampaikan perkara yang sepatutnya disampaikan oleh orang yang berkenaan. ( Mungkin mereka membisu keranA turut terkena sumpahan yang dijampi OLEH mereka yang bertuhankan SYAITAN sehingga terkunci mulut mereka untuk berkata )

Kadang-kadang jika dilihat terdapat berbagai cara untuk menyekat agar pengaruh MEREKA tersekat. Antaranya kerjaan sendiri perlulah meluaskan program-program yang berteraskan kesedaran. Dan bukan hanya sekadar program bercirikan islam semata-mata. Zaman kini sudah terlalu banyak berubah berbanding zaman sekarang. Malah pihak media seNdiri perlu memainkan peranan meraka sebagai LIDAH RAKYAT.

Dan yang lebih utama adalah lebih bagus jika KITA sendiri yang tersedar daripada lamunan SYAITAN berbanding dengan mengharapkan usaha orang lain untuk memastikan kita terjaga dan tidak leka sebelum kita semua terluka oleh yang MAHA ESA.

Sekali lagi dinyatakan, TEROWONG MASA bukanlah satu halaman yang begitu sempurna untuk menghentam mana-mana pihak. BETA hanya hamba biasa yang sering melakukan DOSA dan ALPA.
Hanya dengan halaman ini BETA dapat meluahkan apa yang bersarang di hati.

FREEMASON..
Jika semua tertarik dengan tajuk ini. BETA hanya harapkan SEMUA cuba lah analisa dan fahami agenda di sebalik FREEMASON itu sendiri.  Walaupun kita tidak mangaku sebagai pengikut mereka tetapi fikir kembali apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Adakah kita tergolong daripada mereka secara tidka langsung. Ataupun kita terpengaruh dengan agenda mereka tanpa kita ketahui.

Ibu kepada permasalahan ini ADALAH HIBURAN. Tidak perlu dikupas apa bentuk hiburan yang BETA maksudkan. TEPUK DADA TANYA SELERA.

DIA MUNCUL TIBA TIBA
KITA SEMUA RASA HIBA


SUARA LANTANG KURNIAN TUHAN
DENGAR SEKALI TIDAK TERTAHAN


ORANG MUDA KELUAR KOTA
KOTA SYAITAN BELAKANG MATA


ADAKAH ITU SEMUA MEREKA
YANG BERTUHANKAN BERANEKA


SEDAR TAK SEDAR KITA LENA
AGENDA TERSIRAT DIMANA-MANA


SAMPAI BILA KITA DISANA
CAKAP KOSONG ADA MAKNA

Wednesday, December 15, 2010

PERMAINAN BERMULA EPISOD SETERUSNYA

Sebelum BETA berangkat ke tengah lautan..telah muncul seorang yang mungkin pernah BETA sukai atau lebih beradab yang diminati. Sememangnya hajat untuk memetik perasaan bersama nya tidak dapat diteruskan dengan lancar akibat pertembungan antara aura-aura yang menusuk di dalam jiwa BETA dan mereka yang bangsat.

Namun akhirnya dapat juga BETA temui di KOTARAYA KUALA LUMPUR. Dan buat pertama kali nya hutan batu tersebut memupuk perasan yang berkobar untuk memulai kembali perjalanan yang pernah terhenti sewaktu dahulu. Hati riang tidak terkata dan terluah semua di hadapan nya. Terasa berat hati melangkah pergi. Terasa..

Dan pada keesokkan paginya sewaktu sang matahari muncul di depan bebola mata BETA. Panggilan menyahut ke kapal dimana tempat BETA menghabiskan masa muda di lautan muncul. Dan dia hanya dapat berkata jagalah diri seperti selalu. Dan akan BETA ingat semuanya itu sehingga kini. Tidak pernah ada kelupaan di hati ini.

Dalam perjalanan selama enam purnama di negeri orang, dengan tiba-tiba dia menyepikan diri. Tidak tahu punca dan faktor berlakunya tragedi itu. Namun seharusnya ada sebab yang kukuh ia terjadi. Hati tidak tenang seperti juga derasnya ombak yang melewati badan KAPAL.

Namun BETA kuatkan juga semangat kerana yang terbaik hanya datang bila kita bersabar dan dan terus mencuba. Setelah kembalinya BETA ke tanah air. Alasan yang muncul bagaikan ALASAN YANG TIDAK PERLU DIULAS SEBAGAI ALASAN.

Hanya kerana sesuatu yang tidak benar, dia membuka hati kepada seorang yang tidak pernah BETA kenali dan ingin dikenali. Seperti deras peluru degupan jantung berdegup "DAP DIP DUP"...KINI DIA BERSAMA MEREKA dan aku disini hanya terpingga.

Sampai bila patut ku jadi begini sambil menikmati bikini dunia yang tidak sebegini hebat.

Hanya tuhan yang patut dirujuk dan bukannya tekaan ANTARA BETA dan DIA.

KAWAN KITA PERCAYA
BILA MEREKA BERCAHAYA

TETAPI TIDAK HARUS
MALAH TIDAK WAJIB

PERSOALAN HIDUP SATU
NAMUN DIDENGARKAN BERDUA

JANGAN SAKIT KITA
KITA SAKIT SEMUA

TERBURU MEMBURU
AKHIRNYA KITA DIBURU

MASALAH BAGAI MASALAH
NAMUN PERLU DITELAAH

BUKAN HUKUMAN BUKAN KERACUNAN
TETAPI PERASAAN SAKIT HATI KITA MATI

SETIA AKU SETIA KAMU
KITA LIHAT DAN  TUNGGU

Tuesday, December 7, 2010

Semua daripada kita mempunyai impian masing-masing. Dan apakah semua impian tersebut menjadi kenyataan ataupun sebaliknya.

Setelah sekian lama BETA hidup semakin banyak impian yang muncul yang dahulunya tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Ini diertikan dengan proses kedewasaan seseorang manusia.

Bukanlah beerti BETA seorang yang suka memasang angan-angan tetapi ini menunjukkan BETA masih waras dan mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Dan sudah tentu semua daripada kita seperti BETA.

Sebelum kita berbicara lebih jauh. Adakah impian kita relevan untuk masa hadapan kita? Perlukah kita berkorban sesuatu demi impian kita? Apakah kesan jika impian kita tercapai? Benarkah itu impian yang kita harapkan ataupun sekadar mainan perasaan yang hanya mahu kerana telunjuk nafsu? Pernakah kita semua fikirkan sedalamnya seperti yang BETA kupaskan dalam halaman rasmi TEROWONG MASA...

Impian yang beta harapkan :

> BEKERJAYA DAN MAMPU HIDUP SENDIRI SEWAKTU TIADA KETIADAAN KELUARGA SUATU HARI NANTI.

Alhamdulillah BETA yakin impian itu akan muncul sekiranya BETA menghambakan diri dalam pelajaran di AKADEMI LAUT. Dan BETA tidak akan tersungkur lagi di medan ilmu seperti dahulu hanya kerana kesilapan yang tidak diduga.

> MEMBALAS SEGALA JASA PENGORBANAN AYAHANDA DAN IBUNDA DALAM MEMBESARKAN BETA SEWAKTU BETA MASIH KECIL LAGI.

InsyaALLAH semua itu akan BETA tunaikan dengan ikrar BETA bersma diri BETA. Dan impian ini dapat dicapai melalui jawapan seperti yang BETA kupaskan di atas. Tiada apa yang BETA harapkan melainkan melihat MEREKA merasai kesenanggan dan kejayaan ANAKANDA. ' BETA masih teringat sewaktu kecil BETA selalu menyimpan hasrat untuk membeli pelbagai mainan namun BETA faham akan kesusahan waktu itu..BETA dapat merasakan MEREKA cuba beri yang terbaik untuk anakanada mereka..'
Dan sekarang biarkan MEREKA merasai apa yang tidak pernah MEREKA tidak pernah rasai.

AKAN TERAS KESEJUKAN PADA BONDA DAN AYHANDA..
AKIBAT TERSENTUH KEPUTIHAN SALJI..
AKAN TERBUKA MATA BONDA DAN AYAHANDA..
AKIBAT MELIHAT PANORAMA DI LUAR..
AKAN TERASA LAPANG DADA BONDA DAN AYAHANDA..
AKIBAT MEMIJAK KAKI DI TANAH SUCI..
AKAN KU BAWA KAMU KE MANA..
SEPERTI TERDETIK HATI MU..
MELIHAT ORANG LAIN DI LUAR..

( TERMASUKLAH KAUM KELUARGA KU YANG LAIN YANG AMAT AKU CINTAI LEBIH DARIPADA YANG LAIN)

Dan inilah sebahagian daripada impian BETA yang ingin BETA kongsikan bersama KURTEROWONG agar menjadi inspirasi untuk lebih berjaya di masa akn datang. Sekiranya BETA pergi dahulu sebelum waktunya, harapkan semua berjalan dengan lancar.

Dari segi percintaan, BETA tidak terfikir untuk itu dan bertekad menjauhinya kerana rimas dengan permainan cinta dan sering kali BETA dianggap tidak tahu menjadi PECINTA WANITA. Itulah realiti BETA. Tidak akan BETA jadikan seseorang sebagai istimewa kerana lebih penting BETA mencitai diri dan membuat diri BETA bahagia lebih dari semua. Tidak pula BETA malu dengan perckapan ini kerana biar kita tahu apa yang kita perlu dan mahu untuk kebaikan kita. Jangan sesekali berhamba dengan mereka yang tidak tahu erti DIHARGAI. BETA rela menghadap tuhan tanpa sebarang pewaris malahan zuriat.

Oleh itu, adakah semua sedar impian kita tidak serupa dan jauh berbeza. Fikirkan dan renungkan sejenak setelah membaca artikel keluaran TEROWONG MASA ini. Pandangan anda amat diperlukan bagi memberi idea kepada BETA dalam bidang penulisan ini.

SEKIAN DARI BETA.

Saturday, December 4, 2010

TENTANG BETA

Dulu sebelum BETA berangkat untuk meneruskan pembelajaran dengan belayar, fikiran BETA sering berdebar disebabkan kecelaruan terhadap kehidupan di atas kapal.

Berbagai cerita bermain di fikiran dan bermacam angapan mahupun angan-angan yang terlintas. Beta berharap semua akan menjadi mudah dan dipenuhi suka dan duka seiring dengan semangat BETA yang berkobar-kobar.

Pelbagai pengalaman yang telah dilalui sewaktu di luar negara. Kesemuanya mencabar minda dan kewarasan BETA sama ada tetapkan pendirian atau telelap dalam kealpaan.

Sebagai seorang PELAUT sememangnya sinonim dengan Gelaran KAKI ENJOY. Memang tidak dinafikan semua fakta tersebut adalah benar namun bukan seperti yang difikirkan oleh masyarakat daratan yang tidak pernah cuba mengenali kehidupan sebagai PELAUT / SEAMAN.

Dalam definisi enjoy berdasarkan kamus hidup undang-undang laut sebaliknya adalah merehatkan minda dan fizikal daripada segala kesedihan dan kepenatan setelah berhempas pulas bekerja siang dan malam.

Kebiasannya PEREMPUAN..ARAK..DADAH..JUDI..dan ROCK N ROLL.. tidak lari daripada hidup seorang pelaut tidak kira yang muda mahupun tua malahan yang sudah pun berkeluarga. Namun tidak semua yang menyambut dengan rela hati menerima itu semua sebagai sebahagian di dalam hidup mereka. Daripada situ BETA dapat melihat bagaimana laut dapat mematangkan seseorang dalam membuat sebarang keputusan yang sememangnya tidak mudah andai seseorang yang hidup di daratan.

Begitu banyak cerita boleh dikupas jika BETA larat dan tidak sarat. Namun sedikit luahan rasa agar semua memahami jiwa seorang pelaut yang amat dingin sekiranya seseorang mempertikaikan kewarasa mereka di arena dunia ini.


Malahan BETA pernah merasai semua pengalaman itu dan dapat memberi jalan atau lorong terbaik untuk BETA di masa hadapan. InsyaALLAH semua datang dariNYA.

Friday, December 3, 2010

PRODUK TERBARU UNTUK KURTEROWONG

MELAYU

Berbagai istilah telah diberi kepada golonggan yang bergelar melayu.
Tetapi apakah realiti sebenar yang kita sendiri kurang pasti.

Sebagai salah seorang MELAYU yang tulen, BETA terkilan pada zaman yang serba moden ini kita terus dipersendakan dan ditindas oleh masyarakat yang tidak tahu asal usul. Malah seringkali kita diperkecilkan di pentas dunia. Bukan bermaksud halaman TEROWONG MASA ingin memulakan bicara yang membuatkan kucar kacir antara kita tetapi senagai renunggan para sahabat yang mengikuti artikel keluaran BETA.

Tanpa disedari, TANAH MELAYU kian pudar dan ditelan oleh kegelapan permodenan yang sering menimbus segala harapan dan pengorbanan para PEJUANG LAMPAU.
Mereka tidak memerlukan sokonggan tetapi hanya doronggan yang meletus akibat kegagalan masyarakat kita dalam memastikan kestabilan perpaduan MELAYU. Perkataan LAYU sering menjdai bahan rujukan tetapi kita harus menafikan dan mengubah nya sama seperti kita mencuba yang terbaik setelah tergelincir dari kebenaran.

Tiada persoalan lain selagi kita tidak berusaha memastikan itu berlaku. Kejatuhan pemerintahan melayu yang seakan layu pasti muncul dan ia akan berlalu setelah KITA tersedar dari lamunan rindu yang padu dari atsa kesilapan semua. Golonggan muda seperti BETA harus berwaspada hingga akhir hayat agar penduduk masa depan dapat merasai kehadiran MELAYU yang tidak pernah LAYU.

Sememangnya perjuangan kita masih belum sempurna dan bukannya cinta yang sempurna harus kita kejar. Semangat perjuangan harus ada pada kita termasuk para KURTEROWONG di luar negara yang berjuang memastikan masa depan tidak pudar. Dibawah secebis nukilan untuk totonan di halaman suka ria TEROWONG MASA untuk semua..

TERTUTUP MATA RAPAT RAPAT
TERPUTUS NYAWA SEKAT SEKAT

INIKAH AKIBAT TERSALAH AMANAT
ATAUPUN AKIBAT KESALAHAN TERAMAT

BUKU LIMA DITUNJUK SESAMA
BUKU ILMU DITUTUP SEMUA

PECAH RAHSIA PECAH ANGKARA
SEMUA PUNAH AKIBAT FITNAH

AKHBAR DICETAK BERBAGAI CERITA
CERITA LAMA CERITA SAMA

TANYA HATI APALAH MELAYU
LAYU SAMA LAYU SEMUA MALU

PEMIMPIN RAKYAT JIWA BESAR
TURUN PADANG TANPA KUASA

BERDUYUN ORANG BERKUNJUNG TIBA
SIAPA TERASA DIALAH HIBA

Dikarang oleh BETA.

Wednesday, December 1, 2010

PUISI KEPADA DUNIA

SEMAKIN HARI SEMAKIN RINDU,
SESAK NAFAS SESAK SELALU,

MATA PEJAM PEJAMLAH SELALU,
LAMPU TERPADAM SENYUM TERSIPU,

JANGAN ADINDA JANGAN MALU,
CEMBURU KANDA KANDA CEMBURU,

LANGIT TERANG MATA SILAU,
DIMANA LETAK SEJARAH LAMPAU,

IRI HATI CEPATLAH MATI,
AGAMA INI KENDERAAN HATI,

LUPA SEMUA SEMUA TERLUPA,
JANGAN DENGAR DENGAR JANGAN,

SIULAN MULUT TERBAWAK-BAWAK,
PUKULAN MAUT SECARA RAWAK,

DENDANGLAH LAGU KITA BERDENDANG,
KERONCONG SEMUA BERGOYANG SEMUA..

< HALAMAN RASMI TEROWONG MASA>

KEMUNCULAN NOSTALGIA MENDAHULUI KITA

Suatu ketika sewaktu zaman persekolahan terdetik hati beta adakah perhubunggan ini berterusan seperti yang dirancang. Ataupun sekadar mengisi ruang kosong hati yang iri hati.

Seperti pemburu yang memburu habuan tanpa memikirkan perasaan ketika itu. Malah boleh didefinisikan sebagai PEMBURU yang CEMBURU. Semua perhatian tertumpu kepada kemegahan yang kononnya cinta sejati malah suci. Tetapi realiti mengatasi segalanya.

Walaupun peglihatan sekeliling memandang sinis terhadap niat BETA, tetapi hanya MISS J ( serikandi ) memahami selok belok persimpangan yang hadir saban hari.
Walaupun hari berganti hari, BETA dan dia semakin berjauhan namun iringan kenanggan manis dan ketulusan hati masih segar dalam ingatan.

Jika ada peluang untuk BETA memberi akan tertutuplah peluang untuk semua menghapuskan kami di arena dunia yang serba terancam akibat kebodohan manusia.
Andai kata ada kesmpatan untuk MISS J memecahkan rindu dendam terhadap BETA,itu bermakna akan tercetus fenomena baru yang memberi kegembiraan dalam arus belahan darah yang mengalir kencang di dalam pembuluh darah hingga menerbitkan kesegaran minda yang berpanjanggan.

Sehingga kini kenyatan terus menjadi kesalan kerana hanya pelanggaran tata tertib dalam hubungan meresahkan semua. Pandangan kini tertumpu agar dia kembali seperti BETA hidup kembali.



Kepada KURTEROWONG, bukan mudah kita dipercayai setelah dicemari walaupun tidak mencemar duli, tetapi BETA harus sedar agar semua kembali seperti dulu seperti yang dikehendaki.