Monday, November 29, 2010

KESALAHAN LAMPAU MENGAJAR ERTI HIDUP

Artikel ini diterbit atas kehendak beta agar menjadi pedoman hidup bagi rakan-rakan sekalian.

Setiap daripada kita pernah ditimpa masalah dan melakukan kesalahan sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Peristiwa lalu sering menutupi panca indera kita untuk terus melihat kepada masa hadapan. Malah pelbagai cemuhan akan menimpa kita tanpa disedari.

Setiap perbuatan dan amalan kita diperhatikan. Setiap langkah penuh dengan dendam masyarakat yang tidak pernah puas melihat kejatuhan kita yang sememangnya merindukan hirupan oksigen dalam erti kata kebebasan dalam hidup.

Pernah terlintas dalam hati ini untuk menurut dan mengalah pada persekitaran yang telah hidup dari zaman nenek moyang namun pada hakikatnya semua ini bukan lah sesuatu yang patut beta sanjung dan turutkan.
Beta tetapkan dalam hati agar tidak terkeluar daripada landasan hidup.

Bukan semua kemahuan kita dapat kita kecapi tanpa perasaan yang teguh untuk kita nikmati.
Ikut kehendak hati juga akan memusnahkan segalanya tetapi itulah yang beta tiupkan dalam sangkar hati untuk terus mengejar impian yang datang.

Setelah hidup di bawah teratak bonda dan ayahanda sewaktu umur ku sekecil kuman, kini beta yakin kalian juga ingin memberi tempat berteduh pada mereka setelah mereka kehilanggan kudrat untuk memberi apa yang kita nikmati sebelum ini.

Harapan untuk TEROWONG MASA agar terus mencurahkan segala idea yang padu agar kita dapat memandu dan dipandu dengan laju beserta hala tuju.

3 comments:

  1. selagi kau punya rasa kasih dan berbudi bahasa, kau tetap tergolong dalam kelompok manusia.

    ReplyDelete
  2. Kedalaman dalam menyampaikan maksud amat indah jika kita memahami nya.

    ReplyDelete