Sunday, November 13, 2011

SISA-SISA TERAKHIR

Sudah lebih hampir 11 bulan aku mengabdikan diri di Akademi Laut Malaysia ( ALAM ) demi mencapai cita2 aku dalam mendapatkan "Diploma in Nautical Studies" dan juga " Certificate of Competency Class 3 ".

Pejam celik aku bakal serve as a 4th Officer onboard MISC.

MISC sponsor selama 3 tahun lebih aku di ALAM. I'm much appreciated.

Dan sekarang aku mula rasa rindu dekat kehidupan di atas kapal. Suasana yang bukan semua dapat nikmati. Terlalu subjektif untuk diungkapakan. 

Sekarang aku hanya menunggu hari-hari berikut dengan tenang sebelum aku tutup kamus dalam diari sebagai kadet di ALAM.

 

Monday, May 30, 2011

HATI SEMAKIN RAPAT

Assalamualiakum pembuka bicara dalam suasana redup di tepian pantai Selat Melaka.

Keliru dan gembira bermain di luar kotak pemikiran hati ku. Entah bila akan berakhir permainan yang sudah bermula. Tertanya adakah DIA memahami semuanya atau pun sekadar melayani hasrat ku kerana persahabatan yang terjalin lama. 

Bukan semua yang kita impikan dapat ditafsirkan dengan jelas oleh semua orang. Dan DIA masih terlintas dalam hidupku. Hanya masa menentukan semua nya dan yang nyta HATI SEMAKIN RAPAT.

Kini DIA berjauhan atas tuntutan kehidupan. Doa untuk nya semoga DIA sedar siapa yang masih memerhatikan nya sehingga hirupan nafas yang terakhir.

MUKA SEAKAN CINA,
KULIT PUTIH.. BERHATI KERAS...

PANDAI BERKATA..TEGAS PENDIRIAN..
BAKAL PUTERI..SANJUNGGAN KANDA..

< KURTEROWONG >

Sunday, April 17, 2011

MUNCUL DI SEBALIK PANCARAN SANG MATAHARI

TERGERAK HATI UNTUK MENYELINAP DI DALAM SESAWANG TEROWONG MASA.

MASA BERGERAK DENGAN KELAJUAN NYA YANG TIADA BANDINGGAN.
TERLANTAR JUTAAN MANUSIA DENGAN KEKELIRUAAN PEMIKIRAN MENUJU KE DESTINASI YANG TIADA PERNAH BASI.

GELAK TAWA,
SUKA DUKA,
AKU LAH MAHARAJA,
AKU LAH SENGSARA,

TERDENGAR RINTIHAN SAHABAT KU YANG SERING KETANDUSAN IDEA MEMUJUK PERMATA YANG HILANG. TIADA PERNAH AKU CUBA MEMAHAMI MEREKA LAGI.

RODA-RODA KAKI KU SEPERTI KUKU YANG MEMIHAK KEPADA NAFSU BERDARAH MUDA.
TRAGEDI PERNAH BERLAKU DAN TIDAK AKAN KU TERLAKSANA BAGAIKAN LAKSAMANA YANG KEHAUSAN UNTUK BERPALING KE ARAH SISI GELAP DIRI KU.

PENAT LELAH MEMUSINGKAN ATMOSFERA MERAKAMKAN SEMUA MELODI JIWA SEPANJANG BULAN INI.

KEHADIRAN YANG TIDAK DISANGKA TURUT MENJELMA MENGISI RUANG HIDUP.
MATA KUYU TAPI TIADA MERAYU.

KEJADIAN TERBARU MUNCUL DAN MENAMBAHKAN PERSOALAN YANG TIDAK NYATA.

GADIS NUKA BERSAMA TEMAN MEMPERLIHATKAN PERSAHABATAN YANG RANCAK.
TIBA MASA MEREKA MENEMANI HIDUP SEPERTI SAHABAT YANG TELAH LAMA MELINGKARI HIDUP KU.

DENTUMAN MUZIK MENJADI ADAT. KEPALA PUSING LALU PENING ITULAH KONKLUSI DI AKHIR CERITA.

" BIAR BERIBU BATU KITA JALAN...JANGAN SAMPAI SESAT PENYESALAN "
- DR. FADZILAH ROWONGSA -

Tuesday, February 1, 2011

SEBULAN DI ALAM

Setelah sekian lama beta tidak mengemas kini halaman rasmi TEROWONG MASA, kini beta mengambil masa untuk meluahkan isi hati yang terusik kini.

Sebulan sudah beta mendiami kampus demi merealisasikan impian untuk bergelar NAVIGATION OFFICER.
Dan agak serabut pemikiran untuk meluahkan segala ilmu yang diperolehi dan dihidam sewaktu di atas kapal selama setahun.

Tiada Kata Dapat melukiskan perasaan dalam diri yang menanti hari demi hari..waktu demi waktu..malam ke terang dek sinaran cahaya sang matahari..teruja untuk menepati ramalan bahawa beta sering tersilap langkah di akhir garisan namun beta akan tetap mencari haluan untuk sentiasa berada di atas landasan halus di celah kebanjiran penduduk awam.

Sebentar terasa seperti sedetik. Umur meningkat dan beta sedari namun tidak perlu lah menari kerana beta tiada rasa iri terhadap diri.

< USANG HATI USANG MATI...KAKU CAKAP KAKU MALU >

Saturday, December 25, 2010

SEHARIAN DI BROGA PART 1

400 YEARS OF LIVING LEGENDS

Itulah ungkapan yang ditunggu-tunggu oleh semua UMAT X-KK serata dunia terutamanya sahabat jauh BETA iaitu MUJUS. Namun kehadirannya tidak dapat dipastikan akibat di luar lingkaran TANAH MELAYU.

Tepat jam 19:30 dari MELAKA SENTRAL BETA bergerak bersama sahabat yang bernama BONE. Dia merupakan seorang sahabat yang bersekolah dengan BETA since f1 till f5. ( sebelum MRSM pun sudah duduk 1 katil ). BETA pergi  pun tiket bus dia yang bayar. Mintak-mintak DIA tidak ungkit pada masa akan datang. HEHE

Lebih kurang jam 21:00 KAMI tiba di TERMINAL ONE seremban. Dan disana KAMI dikejutkan dengan penemuan saintifik terhadap SYAROS iaitu serupa mahkluk kecil yang berukuran MiliMETER dan merupakan pemenang anugerah INSAN KETOT bagi sambutan MAAL HIJRAH 2010.

Disana juga KAMI bertemu  dengan SHAPOX yang merupakan pengasas GPS sedunia. Kami ber-empaat menaiki kereta WAJA milik ABG SHAPOX. Begitu perit bagi KAMI dalam cuba mengatasi dugaaan di dalam kereta WAJA tersebut. Dengan keadaan SEAT kereta yang BASAH KUYUP tanpa kehadiran RADIO yang telah lama rosak. Ditambah pula dengan keadaan yang mencemaskan iaitu dimana kereta WAJA tersebut kehabisan minyak sewaktu di dalam perjalanan menjemput BUDAK BOROI iaitu YOI.

Dari seremban KAMI bergerak menuju ke SERI KEMBANGAN ( TONGGA DE FUTSAL ). Kami menaiki dua buah kereta. DAN satu lagi kereta dimiliki oleh SHAHIR (3677) dan dianggotai oleh BAIZ..PAYAD..YOI..manakala WAJA TURBO pulak dianggotai oleh BONE..SYAROS..AMAL..SYAPOX. Perjalanan begitu menyeramkan akibat melalui jalan NILAI - LABU yang mengambil masa lebih kurang 1 jam ke TONGGA.

Sesampai disana KAMI telah disambut dengan mesra oleh HANIS ANAK MAHBOB dan rakan beliau ANUAR. BETA lupa brand KERETA dia tetapi yang penting WARNA BIRU MUDA yang agak jambu bila diperhatikan secara telilti. Tanpa disangka KAMI turut disambut oleh PRESIDEN POLITIK MALAYSIA @ KAUM MUDA iaiti mr. IJLAL ( LIM KIT SIANG ) bersama penyanyi COLDPLAY iaitu ZAHIDAL xlalat. Tambah gembira hati KAMI apabila disana turut ada kelibat SI FAHMI ULAR yang merupakan bekas skandal BETA di MRSM KK bersama Saudara APAI yang seringkali memandang curi terhadap BETA. Mungkin beliau meminati BETA dari jauh. Siapa tahu...arghh seramnya..dan tanpa diduga ialah kemunculan SKUD SI RABUN bersama kereta PERSONA.

Lebih kurang Jam menunjukkan 0200, KAMI bergerak menujuk ke arena FUTSAL. Disanalah kami bertemu penganjur kepada event ini iaitu LIONEL MEGOO + ACAP RONALDO + AMIN SI KACAK + ADUN GOMBAK iaitu SYAIBUL A.K.A GABAN. Turut serta ialah APEK iaitu senior KAMI sewaktu menuntut di MRSM KK dan juga JUBEN iaitu HAFIZUDIN THE MANJINBOO.

Sebelum KAMI memulakan FUTSAL, KAMI memanaskan badan dengan bergosip bersama-sama dan yang paling mendapat topik hangat semestinya SYAROS. Nama tersebut seringkali terpacul daripada mulut  PAK TAM NAPI dan MEGAT SI KAMBING. Pada malam itu juga terkantoinya skandal-skandal yang berlaku di KK  dahulu. Malah tanpa disangka ACAP RONALDO turut pernah menjadi kekasih gelap kepada PAK TAM NAPI. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Dasyatkan..

BETA sudah penat.
Ikuti sambunggan pada masa kan datang. CHILL!

Friday, December 17, 2010

FREEMASON MELINGKARI BUMI

Apa itu yang dimaksudkan dengan FREEMASON?
Apakah ia memudaratkan kita SEMUA?
Siapa kah yang dikatakan FREEMASON?

Semestinya semua antara kita telah mengetahui mengenai pergerakan ini terlebih dahulu berbanding BETA. Namun perlukah TEROWONG MASA menggupas isu ini di halaman BETA.
Cuma yang BETA fikirkan hanya berkongsi pendapat terhadap FREMASON yang semakin mendapat tempat di hati para manusia ciptaan TUHAN.

Jika mengikut pendapat umum, FREEMASON adalah satu pertubuhan iluminati atau pun dengan lebih jelas ia adalah pergerakan yang berpaksikan SYAITAN sebagai agenda yang tersirat yang tidak semua kita ketahui.
Pergerakan ini sememangnya secara halus meresapi di dalam jiwa seseorang tanpa kita sedari. Dan ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi hanya untuk menyedarkan betapa hebatnya pengaruh SYAITAN DALAM PERJALANAN MENYESATKAN UMAT MANUSIA. 

Malah bukan hanya FREEMASON sebagai medium utama, cuma yang ditekankan adalah pergerakan ini kerana ia sesuatu yang POPULAR di kalanggan kita. TEROWONG MASA tiada sebarang VIDEO mahupun GAMBAR yang harus dipertontonkan kerana bagi BETA kita seharusnya memandang sekeliling kita terhadap apa yang berlaku pada zaman ini.

Kesemua daripada kita mementingkan keduniaan dalam mencapai kebahagiaan. Dan ini adalah salah satu agenda yang cuba diterapkan oleh mereka selain daripada hiburan. Malah BETA turut sama serta terpengaruh dengan agenda mereka ini. Tidak dinafikan HIBURAN MENGUASAI MINDA KITA. Tiada seorang pun yang terlepas daripada permainan mereka.

Cuma kesedaran yang perlu ada pada kita agar tidak terus terpengaruh dan akhirnya mula melupakan pada TUHAN YANG SATU. Artikel ini bukan lah diterbit oleh seorang ustaz mahu pun ulama tetapi oleh PEMUDA yang sedar akan keruntuhan EMOSI dan MINDA masyarakat di MALAYSIA.

Secara tidak langsung BETA dapat menyampaikan perkara yang sepatutnya disampaikan oleh orang yang berkenaan. ( Mungkin mereka membisu keranA turut terkena sumpahan yang dijampi OLEH mereka yang bertuhankan SYAITAN sehingga terkunci mulut mereka untuk berkata )

Kadang-kadang jika dilihat terdapat berbagai cara untuk menyekat agar pengaruh MEREKA tersekat. Antaranya kerjaan sendiri perlulah meluaskan program-program yang berteraskan kesedaran. Dan bukan hanya sekadar program bercirikan islam semata-mata. Zaman kini sudah terlalu banyak berubah berbanding zaman sekarang. Malah pihak media seNdiri perlu memainkan peranan meraka sebagai LIDAH RAKYAT.

Dan yang lebih utama adalah lebih bagus jika KITA sendiri yang tersedar daripada lamunan SYAITAN berbanding dengan mengharapkan usaha orang lain untuk memastikan kita terjaga dan tidak leka sebelum kita semua terluka oleh yang MAHA ESA.

Sekali lagi dinyatakan, TEROWONG MASA bukanlah satu halaman yang begitu sempurna untuk menghentam mana-mana pihak. BETA hanya hamba biasa yang sering melakukan DOSA dan ALPA.
Hanya dengan halaman ini BETA dapat meluahkan apa yang bersarang di hati.

FREEMASON..
Jika semua tertarik dengan tajuk ini. BETA hanya harapkan SEMUA cuba lah analisa dan fahami agenda di sebalik FREEMASON itu sendiri.  Walaupun kita tidak mangaku sebagai pengikut mereka tetapi fikir kembali apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Adakah kita tergolong daripada mereka secara tidka langsung. Ataupun kita terpengaruh dengan agenda mereka tanpa kita ketahui.

Ibu kepada permasalahan ini ADALAH HIBURAN. Tidak perlu dikupas apa bentuk hiburan yang BETA maksudkan. TEPUK DADA TANYA SELERA.

DIA MUNCUL TIBA TIBA
KITA SEMUA RASA HIBA


SUARA LANTANG KURNIAN TUHAN
DENGAR SEKALI TIDAK TERTAHAN


ORANG MUDA KELUAR KOTA
KOTA SYAITAN BELAKANG MATA


ADAKAH ITU SEMUA MEREKA
YANG BERTUHANKAN BERANEKA


SEDAR TAK SEDAR KITA LENA
AGENDA TERSIRAT DIMANA-MANA


SAMPAI BILA KITA DISANA
CAKAP KOSONG ADA MAKNA

Wednesday, December 15, 2010

PERMAINAN BERMULA EPISOD SETERUSNYA

Sebelum BETA berangkat ke tengah lautan..telah muncul seorang yang mungkin pernah BETA sukai atau lebih beradab yang diminati. Sememangnya hajat untuk memetik perasaan bersama nya tidak dapat diteruskan dengan lancar akibat pertembungan antara aura-aura yang menusuk di dalam jiwa BETA dan mereka yang bangsat.

Namun akhirnya dapat juga BETA temui di KOTARAYA KUALA LUMPUR. Dan buat pertama kali nya hutan batu tersebut memupuk perasan yang berkobar untuk memulai kembali perjalanan yang pernah terhenti sewaktu dahulu. Hati riang tidak terkata dan terluah semua di hadapan nya. Terasa berat hati melangkah pergi. Terasa..

Dan pada keesokkan paginya sewaktu sang matahari muncul di depan bebola mata BETA. Panggilan menyahut ke kapal dimana tempat BETA menghabiskan masa muda di lautan muncul. Dan dia hanya dapat berkata jagalah diri seperti selalu. Dan akan BETA ingat semuanya itu sehingga kini. Tidak pernah ada kelupaan di hati ini.

Dalam perjalanan selama enam purnama di negeri orang, dengan tiba-tiba dia menyepikan diri. Tidak tahu punca dan faktor berlakunya tragedi itu. Namun seharusnya ada sebab yang kukuh ia terjadi. Hati tidak tenang seperti juga derasnya ombak yang melewati badan KAPAL.

Namun BETA kuatkan juga semangat kerana yang terbaik hanya datang bila kita bersabar dan dan terus mencuba. Setelah kembalinya BETA ke tanah air. Alasan yang muncul bagaikan ALASAN YANG TIDAK PERLU DIULAS SEBAGAI ALASAN.

Hanya kerana sesuatu yang tidak benar, dia membuka hati kepada seorang yang tidak pernah BETA kenali dan ingin dikenali. Seperti deras peluru degupan jantung berdegup "DAP DIP DUP"...KINI DIA BERSAMA MEREKA dan aku disini hanya terpingga.

Sampai bila patut ku jadi begini sambil menikmati bikini dunia yang tidak sebegini hebat.

Hanya tuhan yang patut dirujuk dan bukannya tekaan ANTARA BETA dan DIA.

KAWAN KITA PERCAYA
BILA MEREKA BERCAHAYA

TETAPI TIDAK HARUS
MALAH TIDAK WAJIB

PERSOALAN HIDUP SATU
NAMUN DIDENGARKAN BERDUA

JANGAN SAKIT KITA
KITA SAKIT SEMUA

TERBURU MEMBURU
AKHIRNYA KITA DIBURU

MASALAH BAGAI MASALAH
NAMUN PERLU DITELAAH

BUKAN HUKUMAN BUKAN KERACUNAN
TETAPI PERASAAN SAKIT HATI KITA MATI

SETIA AKU SETIA KAMU
KITA LIHAT DAN  TUNGGU