Tuesday, December 7, 2010

Semua daripada kita mempunyai impian masing-masing. Dan apakah semua impian tersebut menjadi kenyataan ataupun sebaliknya.

Setelah sekian lama BETA hidup semakin banyak impian yang muncul yang dahulunya tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Ini diertikan dengan proses kedewasaan seseorang manusia.

Bukanlah beerti BETA seorang yang suka memasang angan-angan tetapi ini menunjukkan BETA masih waras dan mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Dan sudah tentu semua daripada kita seperti BETA.

Sebelum kita berbicara lebih jauh. Adakah impian kita relevan untuk masa hadapan kita? Perlukah kita berkorban sesuatu demi impian kita? Apakah kesan jika impian kita tercapai? Benarkah itu impian yang kita harapkan ataupun sekadar mainan perasaan yang hanya mahu kerana telunjuk nafsu? Pernakah kita semua fikirkan sedalamnya seperti yang BETA kupaskan dalam halaman rasmi TEROWONG MASA...

Impian yang beta harapkan :

> BEKERJAYA DAN MAMPU HIDUP SENDIRI SEWAKTU TIADA KETIADAAN KELUARGA SUATU HARI NANTI.

Alhamdulillah BETA yakin impian itu akan muncul sekiranya BETA menghambakan diri dalam pelajaran di AKADEMI LAUT. Dan BETA tidak akan tersungkur lagi di medan ilmu seperti dahulu hanya kerana kesilapan yang tidak diduga.

> MEMBALAS SEGALA JASA PENGORBANAN AYAHANDA DAN IBUNDA DALAM MEMBESARKAN BETA SEWAKTU BETA MASIH KECIL LAGI.

InsyaALLAH semua itu akan BETA tunaikan dengan ikrar BETA bersma diri BETA. Dan impian ini dapat dicapai melalui jawapan seperti yang BETA kupaskan di atas. Tiada apa yang BETA harapkan melainkan melihat MEREKA merasai kesenanggan dan kejayaan ANAKANDA. ' BETA masih teringat sewaktu kecil BETA selalu menyimpan hasrat untuk membeli pelbagai mainan namun BETA faham akan kesusahan waktu itu..BETA dapat merasakan MEREKA cuba beri yang terbaik untuk anakanada mereka..'
Dan sekarang biarkan MEREKA merasai apa yang tidak pernah MEREKA tidak pernah rasai.

AKAN TERAS KESEJUKAN PADA BONDA DAN AYHANDA..
AKIBAT TERSENTUH KEPUTIHAN SALJI..
AKAN TERBUKA MATA BONDA DAN AYAHANDA..
AKIBAT MELIHAT PANORAMA DI LUAR..
AKAN TERASA LAPANG DADA BONDA DAN AYAHANDA..
AKIBAT MEMIJAK KAKI DI TANAH SUCI..
AKAN KU BAWA KAMU KE MANA..
SEPERTI TERDETIK HATI MU..
MELIHAT ORANG LAIN DI LUAR..

( TERMASUKLAH KAUM KELUARGA KU YANG LAIN YANG AMAT AKU CINTAI LEBIH DARIPADA YANG LAIN)

Dan inilah sebahagian daripada impian BETA yang ingin BETA kongsikan bersama KURTEROWONG agar menjadi inspirasi untuk lebih berjaya di masa akn datang. Sekiranya BETA pergi dahulu sebelum waktunya, harapkan semua berjalan dengan lancar.

Dari segi percintaan, BETA tidak terfikir untuk itu dan bertekad menjauhinya kerana rimas dengan permainan cinta dan sering kali BETA dianggap tidak tahu menjadi PECINTA WANITA. Itulah realiti BETA. Tidak akan BETA jadikan seseorang sebagai istimewa kerana lebih penting BETA mencitai diri dan membuat diri BETA bahagia lebih dari semua. Tidak pula BETA malu dengan perckapan ini kerana biar kita tahu apa yang kita perlu dan mahu untuk kebaikan kita. Jangan sesekali berhamba dengan mereka yang tidak tahu erti DIHARGAI. BETA rela menghadap tuhan tanpa sebarang pewaris malahan zuriat.

Oleh itu, adakah semua sedar impian kita tidak serupa dan jauh berbeza. Fikirkan dan renungkan sejenak setelah membaca artikel keluaran TEROWONG MASA ini. Pandangan anda amat diperlukan bagi memberi idea kepada BETA dalam bidang penulisan ini.

SEKIAN DARI BETA.

1 comment:

  1. syahdu rase hamba ketika membaca impian 'beta' terhadap ayahanda dan ibunda...

    ini kerana hamba turut mengimpikan impian2 tersebut akan tercapai!!

    ReplyDelete