Friday, December 17, 2010

FREEMASON MELINGKARI BUMI

Apa itu yang dimaksudkan dengan FREEMASON?
Apakah ia memudaratkan kita SEMUA?
Siapa kah yang dikatakan FREEMASON?

Semestinya semua antara kita telah mengetahui mengenai pergerakan ini terlebih dahulu berbanding BETA. Namun perlukah TEROWONG MASA menggupas isu ini di halaman BETA.
Cuma yang BETA fikirkan hanya berkongsi pendapat terhadap FREMASON yang semakin mendapat tempat di hati para manusia ciptaan TUHAN.

Jika mengikut pendapat umum, FREEMASON adalah satu pertubuhan iluminati atau pun dengan lebih jelas ia adalah pergerakan yang berpaksikan SYAITAN sebagai agenda yang tersirat yang tidak semua kita ketahui.
Pergerakan ini sememangnya secara halus meresapi di dalam jiwa seseorang tanpa kita sedari. Dan ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi hanya untuk menyedarkan betapa hebatnya pengaruh SYAITAN DALAM PERJALANAN MENYESATKAN UMAT MANUSIA. 

Malah bukan hanya FREEMASON sebagai medium utama, cuma yang ditekankan adalah pergerakan ini kerana ia sesuatu yang POPULAR di kalanggan kita. TEROWONG MASA tiada sebarang VIDEO mahupun GAMBAR yang harus dipertontonkan kerana bagi BETA kita seharusnya memandang sekeliling kita terhadap apa yang berlaku pada zaman ini.

Kesemua daripada kita mementingkan keduniaan dalam mencapai kebahagiaan. Dan ini adalah salah satu agenda yang cuba diterapkan oleh mereka selain daripada hiburan. Malah BETA turut sama serta terpengaruh dengan agenda mereka ini. Tidak dinafikan HIBURAN MENGUASAI MINDA KITA. Tiada seorang pun yang terlepas daripada permainan mereka.

Cuma kesedaran yang perlu ada pada kita agar tidak terus terpengaruh dan akhirnya mula melupakan pada TUHAN YANG SATU. Artikel ini bukan lah diterbit oleh seorang ustaz mahu pun ulama tetapi oleh PEMUDA yang sedar akan keruntuhan EMOSI dan MINDA masyarakat di MALAYSIA.

Secara tidak langsung BETA dapat menyampaikan perkara yang sepatutnya disampaikan oleh orang yang berkenaan. ( Mungkin mereka membisu keranA turut terkena sumpahan yang dijampi OLEH mereka yang bertuhankan SYAITAN sehingga terkunci mulut mereka untuk berkata )

Kadang-kadang jika dilihat terdapat berbagai cara untuk menyekat agar pengaruh MEREKA tersekat. Antaranya kerjaan sendiri perlulah meluaskan program-program yang berteraskan kesedaran. Dan bukan hanya sekadar program bercirikan islam semata-mata. Zaman kini sudah terlalu banyak berubah berbanding zaman sekarang. Malah pihak media seNdiri perlu memainkan peranan meraka sebagai LIDAH RAKYAT.

Dan yang lebih utama adalah lebih bagus jika KITA sendiri yang tersedar daripada lamunan SYAITAN berbanding dengan mengharapkan usaha orang lain untuk memastikan kita terjaga dan tidak leka sebelum kita semua terluka oleh yang MAHA ESA.

Sekali lagi dinyatakan, TEROWONG MASA bukanlah satu halaman yang begitu sempurna untuk menghentam mana-mana pihak. BETA hanya hamba biasa yang sering melakukan DOSA dan ALPA.
Hanya dengan halaman ini BETA dapat meluahkan apa yang bersarang di hati.

FREEMASON..
Jika semua tertarik dengan tajuk ini. BETA hanya harapkan SEMUA cuba lah analisa dan fahami agenda di sebalik FREEMASON itu sendiri.  Walaupun kita tidak mangaku sebagai pengikut mereka tetapi fikir kembali apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Adakah kita tergolong daripada mereka secara tidka langsung. Ataupun kita terpengaruh dengan agenda mereka tanpa kita ketahui.

Ibu kepada permasalahan ini ADALAH HIBURAN. Tidak perlu dikupas apa bentuk hiburan yang BETA maksudkan. TEPUK DADA TANYA SELERA.

DIA MUNCUL TIBA TIBA
KITA SEMUA RASA HIBA


SUARA LANTANG KURNIAN TUHAN
DENGAR SEKALI TIDAK TERTAHAN


ORANG MUDA KELUAR KOTA
KOTA SYAITAN BELAKANG MATA


ADAKAH ITU SEMUA MEREKA
YANG BERTUHANKAN BERANEKA


SEDAR TAK SEDAR KITA LENA
AGENDA TERSIRAT DIMANA-MANA


SAMPAI BILA KITA DISANA
CAKAP KOSONG ADA MAKNA

1 comment:

  1. hey...jumpe your blog out of nowhere.haha.long time no see

    ReplyDelete