Saturday, December 4, 2010

TENTANG BETA

Dulu sebelum BETA berangkat untuk meneruskan pembelajaran dengan belayar, fikiran BETA sering berdebar disebabkan kecelaruan terhadap kehidupan di atas kapal.

Berbagai cerita bermain di fikiran dan bermacam angapan mahupun angan-angan yang terlintas. Beta berharap semua akan menjadi mudah dan dipenuhi suka dan duka seiring dengan semangat BETA yang berkobar-kobar.

Pelbagai pengalaman yang telah dilalui sewaktu di luar negara. Kesemuanya mencabar minda dan kewarasan BETA sama ada tetapkan pendirian atau telelap dalam kealpaan.

Sebagai seorang PELAUT sememangnya sinonim dengan Gelaran KAKI ENJOY. Memang tidak dinafikan semua fakta tersebut adalah benar namun bukan seperti yang difikirkan oleh masyarakat daratan yang tidak pernah cuba mengenali kehidupan sebagai PELAUT / SEAMAN.

Dalam definisi enjoy berdasarkan kamus hidup undang-undang laut sebaliknya adalah merehatkan minda dan fizikal daripada segala kesedihan dan kepenatan setelah berhempas pulas bekerja siang dan malam.

Kebiasannya PEREMPUAN..ARAK..DADAH..JUDI..dan ROCK N ROLL.. tidak lari daripada hidup seorang pelaut tidak kira yang muda mahupun tua malahan yang sudah pun berkeluarga. Namun tidak semua yang menyambut dengan rela hati menerima itu semua sebagai sebahagian di dalam hidup mereka. Daripada situ BETA dapat melihat bagaimana laut dapat mematangkan seseorang dalam membuat sebarang keputusan yang sememangnya tidak mudah andai seseorang yang hidup di daratan.

Begitu banyak cerita boleh dikupas jika BETA larat dan tidak sarat. Namun sedikit luahan rasa agar semua memahami jiwa seorang pelaut yang amat dingin sekiranya seseorang mempertikaikan kewarasa mereka di arena dunia ini.


Malahan BETA pernah merasai semua pengalaman itu dan dapat memberi jalan atau lorong terbaik untuk BETA di masa hadapan. InsyaALLAH semua datang dariNYA.

2 comments: